
Forum Strategik Massa (FORUM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Yayasan Rukun Negara dan SMK Munshi Abdullah Batu Berendam, Melaka telah menganjurkan Wacana Rukun Negara di Era Media Sosial: Peranan Orang Muda dan NGO pada 15 Julai 2026 (Rabu), jam 2 petang di SMK Munshi Abdullah Batu Berendam Melaka.
Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar berkaitan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.
Selain itu, program bertujuan menyantuni anak-anak muda dan NGO agar membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia melalui nilai-nilai Rukun Negara yang semakin dilupakan.
Sambutan program amat memberangsangkan dengan kehadiran 320 orang peserta pelbagai kaum terdiri dari pelajar dan guru SMK Munshi Abdullah.
Program ini menampilkan Prof. Madya Dr Khairul Azami bin Sidek, Dekan Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai moderator.
Barisan para panelis pula terdiri dari kalangan orang muda sesuai dengan peserta iaitu Muhammad Raif bin Kamarul bin Anwar (pelajar UITM) yang juga Ikon Siswa Dewan Bahasa dan Pustaka dan pemenang Anugerah Emas Remaja Rakan Muda, Thurgeswaran a/l Ganapan (graduan Asasi Pintar UKM & pemenang ADUN Muda Terbaik 2026 Negeri Selangor) serta Cik Queek Fang Ying (pemenang Anugerah Diraja Pandu Puteri Malaysia) yang juga graduan Universiti Malaysia Sabah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Ramli Abdullah, Pengetua SMK Munshi Abdullah, Puan Alifah binti Sharudin, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Munshi Abdullah, para guru serta pengurusan utama FORUM.
Tamat.





