{"id":704,"date":"2026-06-05T13:18:25","date_gmt":"2026-06-05T13:18:25","guid":{"rendered":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/?p=704"},"modified":"2026-06-05T16:41:17","modified_gmt":"2026-06-05T16:41:17","slug":"rohingya-di-malaysia-antara-kemanusiaan-dan-kedaulatan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/2026\/06\/05\/rohingya-di-malaysia-antara-kemanusiaan-dan-kedaulatan-negara\/","title":{"rendered":"Rohingya di Malaysia: Antara \u2018Kemanusiaan\u2019 dan Kedaulatan Negara"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Oleh: Anuar Shaari<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Sejauh Mana Simpati Kita?<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Seorang warga emas di Selayang Baru berdiri di bendul pintu rumahnya. Beliau memerhatikan dengan sayu longkang di hadapan yang sering tersumbat dengan sisa domestik akibat penempatan sesak di sekitarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dahulu, kawasan tersebut bersih dan tenang, namun kini suasananya berubah secara drastik. Suara dialek asing kini lebih dominan kedengaran di kaki lima berbanding bahasa ibunda, mewujudkan satu perasaan asing di tanah air sendiri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Senario ini bukan lagi satu anomali terpencil, tetapi realiti harian menghimpit ribuan rakyat Malaysia yang hidup berjiran dengan komuniti pelarian Rohingya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kehadiran etnik dari wilayah Rakhine, Myanmar bermula atas dasar kemanusiaan dan solidariti agama, kini telah berubah menjadi limpahan populasi yang tidak terkawal. Ia mencetuskan ketegangan sosial paling kritikal dalam sejarah negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berdasarkan data rasmi daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat akhir Februari 2026, terdapat kira-kira 215,600 pelarian dan pencari suaka berdaftar di Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Etnik Rohingya membentuk majoriti mutlak populasi tersebut dengan seramai 126,144 orang. Namun, angka ini hanyalah gambaran \u2018iceberg\u2019 yang tidak menggambarkan realiti sebenar di lapangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penyelidik dan agensi bantuan percaya bilangan sebenar adalah jauh lebih tinggi memandangkan terdapat anggaran antara 1.2 hingga 3.5 juta migran tidak berdokumen di negara ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hanya 1,970 orang pada tahun 2025 berbanding 8,908 orang imigran tanpa dokumen pada tahun 2024 telah dihantar keluar dan ditempatkan di negara ketiga.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila jumlah ini semakin \u2018membengkak\u2019 tanpa sebarang tanda pengurangan melalui penempatan semula ke negara ketiga (seperti tahun sebelumnya), rakyat Malaysia mula mempersoalkan isu ini secara serius.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Adakah kita sedang menggadai kedaulatan dan masa depan tanah air demi sebuah krisis kemanusiaan yang tiada penghujungnya?<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Cabaran Malaysia Menangani PATI dan Pelarian<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dasar penerimaan Malaysia terhadap pelarian sebahagian besarnya ditentukan oleh struktur undang-undang domestik yang sangat ketat. Malaysia bukanlah merupakan negara yang berpihak kepada Konvensyen Pelarian PBB 1951 mahupun Protokol 1967.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sistem perundangan negara mengamalkan doktrin dualis. Ini bermaksud mana-mana perjanjian antarabangsa tidak boleh dikuatkuasakan secara automatik di peringkat domestik melainkan ia telah digubal dan diperundangkan secara nyata oleh Parlimen menerusi akta-akta tertentu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesan langsung daripada ketiadaan rangka kerja perundangan ini adalah pengklasifikasian semua pelarian Rohingya sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di bawah Akta Imigresen 1959\/63.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di bawah akta ini, undang-undang tidak membezakan antara pelarian, pencari suaka, dan pendatang tanpa izin. Sesiapa yang memasuki atau menetap di Malaysia tanpa permit yang sah dianggap sebagai penjenayah imigresen yang terdedah kepada risiko penangkapan, penahanan tanpa had, denda, sebatan, serta pengusiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 memberikan sedikit toleransi atas dasar kemanusiaan kepada pemegang kad UNHCR, arahan ini telah mewujudkan &#8220;kawasan kelabu&#8221; (grey area) yang merugikan kedaulatan negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Peguam Norman Fernandez menegaskan bahawa ramai etnik Rohingya kini merasakan mereka mempunyai hak seolah-olah warganegara kerana memiliki kad tersebut. Mereka mula bersikap \u2018naik tocang\u2019 dengan mencabar undang-undang tempatan serta menuntut layanan istimewa yang tidak sepatutnya diberikan.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Jenayah Transnasional dan Kerapuhan Sempadan<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aspek keselamatan merupakan kebimbangan paling utama yang menghantui sanubari rakyat Malaysia. Ketiadaan akses migrasi yang sah memaksa pelarian Rohingya bergantung sepenuhnya kepada rangkaian penyeludupan maritim dan pemerdagangan manusia transnasional yang sangat kejam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kedudukan geografi Malaysia yang mempunyai garis pantai panjang serta bersempadan dengan Thailand menjadikannya destinasi impian bagi sindiket jenayah ini mengeksploitasi penderitaan manusia demi habuan kewangan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>i. Tragedi Wang Kelian dan Pemerdagangan Manusia<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sejarah hitam negara pada tahun 2015 mencatat penemuan 152 mayat di kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand. Ini membuktikan wujudnya jenayah penyeludupan manusia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Wujud juga rangkaian kem pemerdagangan yang menahan ribuan etnik Rohingya dalam sangkar kayu sempit dan tersangat daif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tragedi ini bukan sahaja membongkar kekejaman sindiket, malah mendedahkan penglibatan penguatkuasa yang korup dalam rangkaian jenayah rentas sempadan ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara tidak langsung, ia menggambarkan kelemahan integriti keselamatan negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>ii. Jenayah Terancang Domestik<\/strong>:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kebimbangan rakyat terhadap keselamatan adalah berasaskan statistik yang membimbangkan. Rekod PDRM menunjukkan pola penglibatan etnik Rohingya dalam pelbagai jenayah berat seperti samun, pecah rumah dan samun bersenjata.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebagai contoh, polis telah berjaya menembak mati tiga penjenayah Rohingya yang merupakan dalang kepada lebih 50 kes samun di beberapa buah negeri.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Data pemantauan di kawasan seperti Tasek Permai, Selangor, menunjukkan \u2018trend\u2019 konsisten kes kecurian yang melibatkan komuniti ini, mewujudkan suasana ketakutan yang mendalam dalam kalangan penduduk tempatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>iii. Kesesakan Depot Tahanan dan Insiden Bolos<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sistem pengurusan tahanan imigresen kini berada pada tahap kritikal. Hampir semua Depot Tahanan Imigresen (DTI) seluruh negara dilaporkan beroperasi melebihi had kapasiti maksimum.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Etnik Rohingya membentuk satu daripada setiap empat orang tahanan. Kesesakan melampau ini bukan sahaja menelan kos pengurusan yang tinggi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ia juga telah mencetuskan insiden rusuhan dan bolos seperti kes di DTI Sungai Bakap pada tahun 2022, di mana 528 tahanan Rohingya meloloskan diri dan mengakibatkan kematian beberapa individu di lebuh raya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>iv. Ancaman Radikalisasi dan Madrasah Tanpa Izin<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kewujudan madrasah-madrasah Rohingya yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri menimbulkan kegelisahan mengenai penyebaran doktrin yang tidak dipantau secara rasmi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tanpa akses kepada pendidikan formal dan pekerjaan yang sah, generasi muda Rohingya yang kecewa berisiko menjadi sasaran mudah bagi aktiviti jenayah terancang atau pengaruh ideologi radikal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Akhirnya, ia akan mewujudkan ancaman keselamatan sosial yang lebih besar kepada Malaysia dalam dekad akan datang.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Ketirisan Subsidi dan Persaingan &#8216;Ali Baba&#8217;<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sudut sosio ekonomi, impak kehadiran Rohingya paling dirasai oleh golongan penduduk tempatan berpendapatan rendah (B40) melalui persaingan merebut ruang rezeki yang semakin sempit.<\/p>\n<ul>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Dominasi Perniagaan Kecil secara Haram<br \/>\n<\/strong>Di kawasan strategik seperti Pasar Borong Selayang dan Pasar Harian Selayang, etnik Rohingya dikesan \u2018menjajah\u2019 aktiviti perniagaan runcit secara haram.Mereka menggunakan taktik &#8216;Ali Baba&#8217;, iaitu menyewa lesen perniagaan daripada warga tempatan yang tamak demi keuntungan mudah, atau membuka gerai di bahu jalan dan petak parkir kereta tanpa sebarang permit yang sah.Tindakan ini bukan sahaja merosakkan sistem pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), malah mematikan peluang peniaga kecil tempatan yang patuh undang-undang untuk bersaing secara sihat di tanah air sendiri.<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Ketirisan Subsidi Negara<br \/>\n<\/strong>Rakyat Malaysia berhak merasa terkilan apabila melihat kemudahan dan barangan bersubsidi yang dikhaskan untuk warganegara turut dinikmati oleh populasi asing ini.Subsidi minyak masak, beras, gas memasak, dan bahan api yang dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai Malaysia mengalami ketirisan besar kepada ratusan ribu pelarian.Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka tinggal secara bersesak-sesak, sehingga 20 ke 30 orang dalam satu unit rumah kos rendah sambil berkongsi kos sewaan.<\/p>\n<p>Ini tentunya menaikkan harga sewaan hartanah tempatan serta menyukarkan rakyat tempatan mencari kediaman mampu milik.<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong><strong>Sikap Rakyat Tempatan yang Merugikan<\/strong><\/strong>Ketirisan ekonomi ini tidak akan berlaku secara meluas tanpa kerjasama segelintir warga tempatan yang sanggup menjadi pelanggan tetap penjaja Rohingya.Mereka juga menjadi pembekal barangan kepada etnik Rohingya demi kepentingan peribadi jangka pendek, sekali gus mengabaikan kesan jangka panjang terhadap kedaulatan ekonomi negara.<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong><strong>Aliran Keluar Wang (Remitansi)<\/strong><\/strong>Walaupun etnik Rohingya bekerja dalam sektor tidak formal, sebahagian besar pendapatan yang diperoleh di Malaysia dihantar pulang ke negara asal atau ke kem-kem di Bangladesh.Ini mengurangkan pusingan tunai dalam pasaran domestik Malaysia, sekali gus merugikan ekonomi negara kerana wang tersebut tidak disalurkan kembali dalam bentuk kesan pengganda ekonomi tempatan.<\/li>\n<\/ul>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Beban Sistem Kesihatan Negara<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sektor kesihatan awam Malaysia mungkin merupakan sektor yang paling teruk terkesan akibat ketiadaan polisi pelarian yang jelas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun kerajaan memberikan diskaun 50% daripada kadar caj warga asing kepada pemegang kad UNHCR di hospital awam, beban kewangan yang ditanggung oleh sistem kesihatan negara sangat mengejutkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Berdasarkan kenyataan rasmi Menteri Kesihatan pada Januari 2026, jumlah tunggakan bil rawatan yang gagal dijelaskan oleh warga asing (termasuk PATI dan pelarian) sehingga 2026 telah mencecah RM102 juta.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Angka ini sangat signifikan kerana ia menyamai keseluruhan peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2026 yang sepatutnya digunakan untuk menaik taraf wad-wad hospital kerajaan di seluruh negara bagi kegunaan warganegara Malaysia.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara teknikal, rakyat Malaysia kini \u2018menaja\u2019 kos rawatan warga asing manakala kemudahan kesihatan untuk mereka sendiri masih memerlukan penambahbaikan yang mendesak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain beban kewangan, risiko penularan penyakit berjangkit yang sebelum ini telah berjaya dibasmi seperti Tuberkulosis (TB) dan polio, kini kembali mengancam keselamatan epidemiologi negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan penempatan pelarian yang sesak, kotor, dan mengabaikan sanitasi asas menjadi tempat pembiakan penyakit yang akhirnya boleh merebak ke dalam komuniti tempatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketakutan segelintir pelarian untuk mendapatkan rawatan awal kerana bimbang akan penahanan imigresen meningkatkan lagi risiko penularan wabak di kawasan kejiranan.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Pendidikan: Isu Keselamatan Masa Hadapan<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibarat bom jangka yang menanti masa untuk meletus, impak menakutkan limpahan pelarian ini ialah kewujudan generasi muda Rohingya yang tercicir sepenuhnya daripada sistem pendidikan formal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di bawah dasar sedia ada, kanak-kanak ini dilarang mendaftar di sekolah kebangsaan kerajaan dan tidak dibenarkan menduduki sebarang peperiksaan rasmi negara, kecuali dengan kebenaran khas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Hanya sebilangan kecil daripada mereka mendapat akses pendidikan asas melalui Pusat Pembelajaran Alternatif (ALC) yang dikendalikan oleh NGO, namun institusi ini sering menghadapi masalah kekurangan dana dan standard kurikulum yang tidak seragam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kanak-kanak yang tercicir daripada sistem pendidikan ini sangat terdedah kepada eksploitasi buruh kanak-kanak, pengemis jalanan, dan perkahwinan bawah umur.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sekiranya tidak dihantar pulang segera, populasi belia yang terpinggir, tidak berpendidikan, serta trauma psikologi yang mendalam ini akan menjadi sasaran mudah bagi aktiviti-aktiviti subvsersif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesannya sudah pasti sangat buruk bagi pembangunan sumber manusia negara kita.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Dinamika Budaya: Pertembungan Nilai Sosial<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sentimen rakyat Malaysia terhadap Rohingya telah mengalami anjakan paradigma yang sangat drastik, bergerak daripada penerimaan berasaskan solidariti agama kepada penolakan sosial yang keras akibat pertembungan budaya dan sikap biadab segelintir individu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>i. Isu Kebersihan dan Sivik<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakyat tempatan sering mengadu mengenai sikap komuniti Rohingya yang mengabaikan aspek kebersihan umum. Kemuncaknya adalah kontroversi Ibadah Korban di Selayang Baru pada Mei 2026, di mana 60 ekor lembu disembelih dan sisa darah serta najis haiwan dibuang terus ke perparitan awam.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tindakan ini dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai satu penghinaan terhadap norma kebersihan dan sivik negara, mencetuskan kemarahan hebat di media sosial.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>ii. Peralihan Demografi dan Pembentukan Ghetto (terpinggir)<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di sesetengah kawasan seperti di Johor Bahru, populasi etnik Rohingya telah mencecah sehingga 90% daripada komposisi penduduk di penempatan haram yang dibina di atas tanah rizab sungai.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Rakyat Malaysia merasa terpinggir, tidak selamat, dan terancam di tanah air sendiri apabila identiti demografi kawasan mereka berubah secara mendadak kepada &#8220;koloni asing&#8221; yang tidak terkawal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Begitu juga yang terjadi di Bukit Malut, Langkawi suatu ketika dahulu. Situasi ini memberi impak sosial dan ekonomi yang ketara kepada rakyat tempatan.<\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Mekanisme Penghantaran Pulang: Cabaran dan Realiti Strategik<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Usaha membawa pulang etnik Rohingya ke Myanmar sentiasa berhadapan dengan jalan buntu disebabkan syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Junta Tentera Myanmar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mekanisme penghantaran pulang yang dipersetujui secara prinsip antara Myanmar dan Bangladesh (yang sering dijadikan rujukan oleh Malaysia) menetapkan bahawa Myanmar hanya akan menerima semula individu yang dapat membuktikan status kewarganegaraan atau kediaman mereka di Wilayah Rakhine.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi etnik Rohingya, syarat ini hampir mustahil untuk dipenuhi memandangkan status kewarganegaraan mereka telah dinafikan di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan Myanmar 1982.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walau bagaimanapun, Malaysia tetap berusaha melaksanakan strategi penghantaran pulang secara pragmatik melalui:<\/p>\n<ul>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Koordinasi dengan Junta Tentera Myanmar<br \/>\n<\/strong>Sejak tahun 2021, Malaysia dilaporkan telah menghantar pulang lebih 2,000 warga Myanmar menerusi koordinasi terus dengan junta tentera Myanmar menggunakan penerbangan sewa khas.<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP)<br \/>\n<\/strong>Pelancaran fasa rintis DPP pada Januari 2026 bertujuan untuk mengawal selia populasi pelarian melalui sistem biometrik tunggal milik kerajaan bagi menggantikan sistem pengurusan UNHCR.DPP bukanlah laluan ke arah kewarganegaraan, sebaliknya mekanisme untuk mengawal pergerakan pelarian sementara menunggu urusan penghantaran pulang atau penempatan semula ke negara ketiga.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Rohingya Perlu Dihantar Keluar Demi Kedaulatan Negara<\/u><\/strong><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kesimpulannya, kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia perlu menjadi keutamaan tertinggi yang tidak boleh ditawar menawar di dalam sebarang penggubalan polisi negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Segala analisis fakta dan data yang dibincangkan membuktikan bahawa kapasiti Malaysia dalam menanggung beban krisis pelarian Rohingya ini telah mencapai titik tepu nasional.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Simpati rakyat Malaysia ada batasnya, dan batas itu telah lama dilewati akibat sikap biadab segelintir daripada mereka, pelanggaran undang-undang yang berterusan, serta bebanan ekonomi dan kesihatan yang melampau kepada sistem awam negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Desakan hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang mahukan etnik Rohingya dihantar keluar bukanlah satu tindakan zalim atau tidak berperikemanusiaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebaliknya ia adalah langkah perlu dan wajib untuk melindungi hak-hak mutlak rakyat tempatan yang semakin terhimpit di tanah air mereka. Sebuah petisyen dalam talian yang menuntut pengusiran komuniti ini telah berjaya mengumpul lebih <strong>300,000 tandatangan<\/strong> dalam tempoh yang singkat,<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini membuktikan betapa seriusnya kegelisahan dan desakan rakyat terhadap kerajaan. Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil langkah berani dan konsisten melalui:<\/p>\n<ol>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Strategi Penghantaran Pulang yang Tegas<br \/>\n<\/strong>Memperkasa diplomasi serantau melalui ASEAN untuk memaksa kerajaan Myanmar menerima semula rakyat mereka secara selamat dan bermaruah, tanpa sebarang dolak dalih lagi.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Penempatan Semula yang Agresif<br \/>\n<\/strong>Mendesak masyarakat antarabangsa, UNHCR, dan negara-negara maju untuk mempercepatkan proses pemindahan pelarian ini ke negara ketiga serta berhenti menjadikan Malaysia sebagai tanggungan kekal bagi krisis yang bukan berpunca daripada kita.<\/li>\n<li style=\"text-align: justify;\"><strong>Penguatkuasaan Undang-Undang Tanpa Kompromi<br \/>\n<\/strong>Membanteras sepenuhnya gejala &#8216;Ali Baba&#8217;, menghentikan ketirisan subsidi kepada warga asing, serta memastikan setiap inci ruang ekonomi dan keselamatan diutamakan untuk warganegara Malaysia.<\/li>\n<\/ol>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Malaysia bukan lagi sebuah \u2018syurga pelarian\u2019 yang boleh dieksploitasi sesuka hati oleh sesiapa sahaja atas nama kemanusiaan. Setiap sen dana awam, setiap katil di hospital kerajaan, dan setiap ruang keselamatan dalam komuniti adalah hak mutlak rakyat Malaysia yang perlu dipertahankan sehabis baik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita telah terlalu lama bertolak ansur dengan mereka, namun jangan ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Demi kedaulatan Malaysia tercinta, etnik Rohingya perlu dihantar keluar dengan segera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kita telah melakukan yang terbaik untuk etnik Rohingya. Tiba masanya organisasi berkaitan di peringkat antarabangsa memikul tanggungjawab mereka pula.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi kita rakyat Malaysia pula, inilah masanya untuk kita mempertahankan hak kita daripada manipulasi warganegara lain.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>&#8212;&#8212;- TAMAT &#8212;&#8212;-<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">___________________________________________________________<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Anuar Shaari ialah Pengarah Urusan Forum Strategik Massa. Beliau pernah bertugas di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Berpengalaman di bidang media dan komunikasi serta pernah bertugas di agensi media, penguatkuasaan dan pemantauan.<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Anuar Shaari Sejauh Mana Simpati Kita? Seorang warga emas di Selayang Baru berdiri di bendul pintu rumahnya. Beliau memerhatikan dengan sayu longkang di hadapan yang sering tersumbat dengan sisa domestik akibat penempatan sesak di sekitarnya. Dahulu, kawasan tersebut bersih dan tenang, namun kini suasananya berubah secara drastik. Suara dialek asing kini lebih dominan kedengaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":722,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-704","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/704","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=704"}],"version-history":[{"count":22,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/704\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":728,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/704\/revisions\/728"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/722"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}