{"id":675,"date":"2026-04-16T22:18:42","date_gmt":"2026-04-16T22:18:42","guid":{"rendered":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/?p=675"},"modified":"2026-04-16T22:24:11","modified_gmt":"2026-04-16T22:24:11","slug":"bahasa-sebagai-teras-perancangan-bahasa-negara-bahasa-melayu-atau-bahasa-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/2026\/04\/16\/bahasa-sebagai-teras-perancangan-bahasa-negara-bahasa-melayu-atau-bahasa-malaysia\/","title":{"rendered":"Bahasa sebagai Teras Perancangan Bahasa Negara: Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Oleh : Salinah binti Jaafar, PhD<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bahasa bukan sekadar wahana komunikasi, tetapi teras pembentukan identiti, kuasa simbolik dan kesinambungan peradaban sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa memainkan peranan strategik sebagai alat penyatuan masyarakat majmuk, medium pentadbiran negara, serta wahana ilmu dan pemikiran.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Justeru, perancangan bahasa tidak boleh dilihat sebagai usaha linguistik yang terasing, sebaliknya sebagai projek negara yang bersifat ideologis, institusional dan berjangka panjang. Dalam kerangka inilah Bahasa Melayu muncul sebagai teras perancangan bahasa negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemilihannya sebagai bahasa kebangsaan bukan berlaku secara kebetulan, tetapi berakar daripada sejarah panjangnya sebagai lingua franca Alam Melayu, bahasa pentadbiran kerajaan tradisional, serta bahasa perhubungan antara etnik sebelum pembentukan negara bangsa moden.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u00a0Kedudukan ini kemudiannya dimaktubkan melalui peruntukan perlembagaan, sekali gus memberikan Bahasa Melayu legitimasi perundangan dan simbolik sebagai bahasa negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sudut Teori Perancangan Bahasa, Bahasa Melayu berfungsi serentak dalam tiga dimensi utama: perancangan status sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi, perancangan korpus sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran moden, serta perancangan pemerolehan sebagai bahasa pendidikan dan integrasi sosial.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keutuhan peranan ini menjadikan Bahasa Melayu bukan sekadar lambang identiti nasional, tetapi instrumen tadbir urus, keadilan linguistik dan kesepaduan sosial. Namun demikian, dalam landskap globalisasi dan kepelbagaian linguistik, kedudukan Bahasa Melayu sering dicabar oleh kekeliruan istilah, pergeseran wacana, dan tekanan pragmatik bahasa antarabangsa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan ini menuntut satu analisis yang lebih tuntas dan berasaskan teori bagi menegaskan bahawa Bahasa Melayu bukan sahaja relevan, malah paling tepat untuk dijadikan teras perancangan bahasa negara. Bagi menjelaskan hal ini, beberapa aspek boleh dilihat dan difahami:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Kedudukan Analitik<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam sosiolinguistik kritikal, bahasa difahami bukan sekadar sistem linguistik, tetapi sebagai institusi sosial yang beroperasi dalam rangka kuasa, ideologi dan dasar. Justeru, penamaan bahasa negara tidak bersifat neutral, bahasa negara mestilah mencerminkan hubungan antara bahasa, legitimasi politik dan pembinaan identiti kolektif.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam konteks Malaysia, perdebatan antara istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia perlu ditangani pada aras teori dan dasar, bukan emosi atau retorik. Dari sudut sosiolinguistik dan perancangan bahasa, hujah bahawa Bahasa Melayu ialah istilah paling tepat bukan sekadar bersifat normatif, tetapi berasaskan prinsip perlembagaan, sejarah linguistik dan kejelasan perancangan.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"2\">\n<li>Perancangan Bahasa<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Teori Perancangan Bahasa menegaskan bahawa perancangan status ialah proses negara memilih dan menginstitusikan satu bahasa untuk fungsi tertinggi: kebangsaan, rasmi dan simbol kedaulatan. Dalam hal ini, Bahasa Melayu telah:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>a) Dipilih secara sah melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.<\/li>\n<li>b) Mempunyai kesinambungan sejarah sebagai lingua franca Alam Melayu.<\/li>\n<li>c) Berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, undang-undang dan pendidikan kebangsaan.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sudut teori, ketepatan istilah dalam perancangan status amat kritikal. Ketidakselarasan penamaan akan menghasilkan:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>kekaburan dasar,<\/li>\n<li>konflik interpretasi,<\/li>\n<li>dan pelemahan autoriti bahasa kebangsaan.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Oleh itu, penggunaan istilah Bahasa Melayu adalah selari dengan prinsip perancangan status yang mantap dan stabil, manakala pertukaran istilah tanpa asas perlembagaan yang jelas akan melemahkan konsistensi dasar bahasa.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"3\">\n<li>Aspek Sosiolinguistik Bahasa Melayu sebagai Bahasa Inklusif, Bukan Etnik Sempit<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Satu salah faham lazim dalam wacana awam ialah mengaitkan Bahasa Melayu secara eksklusif dengan etnik Melayu. Analisis sosiolinguistik menolak tafsiran ini. Dalam sejarah dan praktik sosial, Bahasa Melayu ialah:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>bahasa perantara antara etnik,<\/li>\n<li>bahasa mobiliti sosial,<\/li>\n<li>bahasa kewarganegaraan.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam sosiolinguistik, bahasa kebangsaan yang berfungsi dengan baik ialah bahasa yang tidak dimonopoli secara eksklusif oleh satu komuniti, walaupun berasal daripada tradisi tertentu. Bahasa Melayu memenuhi ciri ini sejak berabad-abad, jauh sebelum pembentukan negara moden. Maka, dari sudut sosiolinguistik identiti, mengekalkan istilah Bahasa Melayu tidak bercanggah dengan prinsip inklusiviti, sebaliknya mengekalkan kejujuran sejarah dan kejelasan konseptual.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"4\">\n<li>Dasar Awam dan Tadbir Urus Bahasa<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam analisis dasar awam, bahasa ialah alat tadbir urus. Dasar yang berkesan memerlukan:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>istilah yang jelas,<\/li>\n<li>rujukan perundangan yang konsisten,<\/li>\n<li>dan pelaksanaan yang tidak ambigu.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Penggunaan dua istilah bagi bahasa yang sama dalam domain rasmi (Bahasa Melayu\/Bahasa Malaysia) menimbulkan masalah tadbir urus bahasa, antaranya:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>ketidakselarasan dokumen dasar,<\/li>\n<li>kekeliruan dalam pendidikan dan latihan penjawat awam,<\/li>\n<li>kelemahan penguatkuasaan peruntukan bahasa kebangsaan.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari perspektif dasar awam, Bahasa Melayu ialah istilah paling tepat kerana:<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>Termaktub dalam perlembagaan,<\/li>\n<li>Konsisten dengan semua perundangan berkaitan bahasa,<\/li>\n<li>Memberikan kejelasan institusi dan autoriti.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Istilah Bahasa Malaysia boleh difahami sebagai wacana politik atau pedagogi, tetapi tidak wajar menggantikan istilah dasar yang telah dimaktubkan secara sah.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"5\">\n<li>Aspek Perancangan Bahasa di negara lain<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Indonesia<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Indonesia sering dirujuk sebagai contoh konsistensi simbolik yang berjaya. Kekuatan utama Indonesia bukan sekadar memilih satu bahasa kebangsaan, tetapi mengikatnya pada penamaan yang tunggal dan stabil iaitu Bahasa Indonesia. Ketegasan ini diperkukuh pada aras tertinggi melalui Perlembagaan 1945 yang menetapkan bahasa negara sebagai Bahasa Indonesia (Artikel 36).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mengapa ketegasan penamaan ini penting dari sudut teori?<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>a) Legitimasi status yang tidak berbelah bahagi.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam perancangan status, bahasa kebangsaan perlu memiliki autoriti simbolik yang jelas, iaitu semua institusi merujuk kepada nama yang sama. Apabila istilah tunggal digunakan dalam undang-undang, pendidikan, media dan pentadbiran, bahasa itu memperoleh kestabilan institusi. Kestabilan ini mengurangkan ruang pertikaian dan menukar perbahasan daripada bahasa mana\/apa namanya kepada bagaimana menguatkan fungsinya.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>b) Keberhasilan pemerolehan melalui standardisasi dan pemusatan.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemerolehan bahasa skala nasional memerlukan standard kurikulum, buku teks, latihan guru, dan penilaian yang seragam. Istilah yang konsisten memudahkan penyelarasan seluruh ekosistem: daripada dasar kementerian hingga ke bilik darjah. Hasilnya, Bahasa Indonesia menjadi bahasa mobiliti sosial dan bahasa pentadbiran yang tidak perlu dirunding\u00a0 setiap kali berlaku perubahan politik.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>c) Keneutralan relatif dalam masyarakat pelbagai Bahasa.<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Secara sosiolinguistik dalam lingkungan masyarakat pelbagai bahasa dan bangsa menjadikan pemilihan Bahasa Indonesia (berakar daripada Melayu) berjaya kerana dibingkaikan sebagai bahasa nasional yang melangkaui etnik dan penamaan tunggal itu membantu menstabilkan bingkai tersebut. UNESCO juga menekankan kedudukan Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi\/negara sejak 1945 berasaskan peruntukan perlembagaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>India<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">India pula ialah contoh negara yang tidak memilih satu bahasa kebangsaan tunggal untuk semua fungsi, sebaliknya mengurus kepelbagaian melalui kompromi institusi, tetapi kompromi itu tetap berfungsi kerana istilah dan kategorinya jelas dalam perlembagaan.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>a) Kejelasan status pada peringkat Kesatuan (Union)<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Perlembagaan India menetapkan bahasa rasmi Kesatuan ialah Hindi (dalam tulisan Devanagari) dan mengatur penggunaan Inggeris untuk tujuan rasmi dalam tempoh tertentu (serta diteruskan melalui perundangan). Artikel 343 memberikan asas status yang jelas, apa fungsi Hindi, apa ruang Inggeris.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>b) Kejelasan kategori Bahasa terjadual<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">India membezakan bahasa-bahasa penting melalui Eighth Schedule (22 bahasa terjadual). Ini bukan sekadar senarai, ia ialah mekanisme dasar untuk mengiktiraf dan mengurus tuntutan linguistik wilayah tanpa menafikan struktur persekutuan.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>c) Mengapa ketidakjelasan istilah memicu konflik di India?<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">India menunjukkan bahawa apabila penamaan atau kategori status kabur, contohnya bahasa nasional vs \u201cbahasa rasmi vs bahasa wilayah. Maka ia\u00a0 mudah ditafsir sebagai dominasi politik bahasa tertentu. Sebab itu India mengekalkan kejelasan perlembagaan: Hindi\/English untuk urusan Kesatuan, dan pelbagai bahasa lain diiktiraf dalam kategori tertentu. Ini mengurangkan konflik, walaupun tidak menghapuskannya sepenuhnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">India membuktikan bahawa dalam negara yang amat multilingual, kejayaan tidak semestinya datang daripada satu bahasa tunggal, tetapi daripada kejelasan kategori status yang mengelakkan kekeliruan simbolik dan pertentangan tuntutan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Negara Pascakolonial Afrika<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Banyak negara pascakolonial di Afrika mengekalkan bahasa penjajah (Inggeris\/Perancis\/Portugis) sebagai bahasa rasmi kerana alasan pragmatik: neutraliti etnik, kesinambungan pentadbiran, dan akses ekonomi global. Namun dari sudut sosiolinguistik, keadaan ini sering mewujudkan jurang struktur: bahasa rasmi menjadi bahasa negara \u201cdi atas kertas\u201d, tetapi bukan bahasa identiti majoriti rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">1.Dominasi bahasa rasmi kolonial dan masalah kerenggangan sosial (distance social). Dalam contoh seperti Nigeria, kajian-kajian menunjukkan Inggeris kekal dominan sebagai bahasa rasmi\/pentadbiran, manakala pelaksanaan dasar bahasa pribumi sering berdepan masalah pelaksanaan dan keseragaman.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila bahasa rasmi tidak berakar dalam pengalaman harian majoriti rakyat, lahirlah pengasingan linguistik (linguistic divide), bahasa kuasa vs bahasa kehidupan.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"2\">\n<li>Kesan terhadap pemerolehan dan akses keadilan sosial<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Jika bahasa rasmi ialah bahasa elit (akses pendidikan tinggi, undang-undang, pekerjaan), masyarakat luar bandar atau komuniti miskin boleh terpinggir. Ini menjadikan bahasa rasmi alat stratifikasi sosial, bukan sebagai alat perpaduan.<\/p>\n<ol style=\"text-align: justify;\" start=\"3\">\n<li>Model alternatif Afrika yang lebih hampir kepada identiti negara bangsa, Tanzania (Swahili). Tanzania sering disebut sebagai contoh usaha memusatkan bahasa pribumi (Kiswahili) untuk integrasi sosial dan pendidikan awal, manakala Inggeris berperanan dalam domain tertentu. Laporan pendidikan UNICEF menghuraikan peranan Kiswahili di kerajaan dan pendidikan rendah serta hubungan fungsionalnya dengan Inggeris. (UNICEF)<\/li>\n<\/ol>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ini menguatkan hujah bahawa bahasa kebangsaan memerlukan kejelasan simbolik dan pelaksanaan institusi, bukan sekadar penetapan pentadbiran.\u00a0 Banyak konteks Afrika mengajar bahawa jika bahasa kebangsaan tidak diperkukuh sebagai simbol bersama dan bahasa pemerolehan, bahasa rasmi mudah menjadi bahasa negara yang tidak menyatu dengan identiti rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Maka dalam perbandingan ini, Malaysia berada pada posisi yang kukuh kerana memiliki bahasa kebangsaan pribumi yang jelas iaitu Bahasa Melayu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>Aspek Teori Perancangan Bahasa<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sudut sosiolinguistik, perancangan bahasa dan dasar awam, hujahnya konsisten:<\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>Bahasa Melayu ialah istilah yang tepat secara sejarah, linguistik dan perlembagaan.<\/li>\n<li>Bahasa Malaysia ialah istilah wacana yang bersifat simbolik dan kontekstual, bukan istilah dasar.<\/li>\n<li>Kejayaan bahasa kebangsaan bergantung pada konsistensi penamaan, pengukuhan korpus dan keberanian dasar.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\">Menggantikan atau mengaburkan istilah Bahasa Melayu bukan memperkukuh perpaduan, tetapi berisiko melemahkan asas perancangan bahasa negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kerangka sosiolinguistik dan perancangan bahasa, Bahasa Melayu ialah istilah paling tepat dan wajar di Malaysia. Bahasa Melayu bukan sekadar nama bahasa, tetapi penanda legitimasi perlembagaan, kesinambungan sejarah dan keberkesanan dasar awam.\u00a0 Cabaran sebenar Malaysia bukan memilih istilah baharu, tetapi melaksanakan perancangan bahasa secara tegas dan konsisten yang menjadikan Bahasa Melayu benar-benar berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran dan bahasa penyatuan nasional dalam dunia global.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Prof. Dr Salinah Hj. Jaafar ialah professor di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APMUM). Pernah bertugas sebagai Pengarah di APMUM, pengkhususan dalam bidang Linguistik Melayu, Leksikologi, Peradaban Bahasa serta terjemahan.<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Pernah menjalankan penyelidikan di University of Birmingham UK dan beberapa universiti tersohor lain dalam bidang Bahasa. <\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Salinah binti Jaafar, PhD Bahasa bukan sekadar wahana komunikasi, tetapi teras pembentukan identiti, kuasa simbolik dan kesinambungan peradaban sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, bahasa memainkan peranan strategik sebagai alat penyatuan masyarakat majmuk, medium pentadbiran negara, serta wahana ilmu dan pemikiran. Justeru, perancangan bahasa tidak boleh dilihat sebagai usaha linguistik yang terasing, sebaliknya sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":681,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-675","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/675","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=675"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/675\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":677,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/675\/revisions\/677"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/681"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/forumstrategikmassa.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}