June 5, 2026 9:50 pm

Wacana Rukun Negara di Era Media Sosial: Peranan Orang Muda dan NGO

Kuala Lumpur: 13 April 2026

Forum Strategik Massa (FORUM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Persatuan Tenaga Pengajar Terakreditasi (ACTARM) dan Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) telah menganjurkan Wacana Rukun Negara di Era Media Sosial: Peranan Orang Muda dan NGO hari ini.

Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar berkaitan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, program bertujuan menyantuni anak-anak muda dan NGO agar membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia melalui nilai-nilai Rukun Negara yang semakin dilupakan.

Sambutan program amat memberangsangkan dengan kehadiran 350 orang peserta pelbagai kaum di kampus TAR UMT.

Program ini menampilkan Prof. Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai moderator.

Barisan para panelis pula ialah En. Yeap Thiam Hoong dari TAR UMT, Cik Theiviya a/p Lakshmikandan – wakil dari Jab. Perpaduan Negara dan Intergriti Nasional (JPNIN) dan Prof. Madya Dr Khairul Azami Sidek- Dekan Kulliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Dearna Kee June Chen- Dekan Fakulti Komunikasi & Industri
Kreatif TAR UMT serta pengurusan utama FORUM dan ACTARM.

Tamat.