April 28, 2025 9:46 am

Pengenalan

1.1 Forum Strategik Massa Sdn Bhd (FSM) 202401055519 (16601363-U) ditubuhkan pada 31 Disember 2024. Secara dasarnya, FSM ditubuhkan bagi menawarkan pilihan perkhidmatan dalam bidang keselamatan siber dan pertahanan, pengurusan media dan konsultansi serta bidang yang berkaitan dengannya. FSM juga sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang bentuk perniagaan dari aspek perdagangan awam dan perkhidmatan.

1.2 Selaku sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dimiliki oleh 100% Bumiputera, FSM diterajui oleh individu profesional serta mahir dalam bidang teknologi maklumat dan dataraya termasuk dalam bidang gerak saraf dan perang saraf.

1.3 FSM juga beroperasi dengan beberapa syarikat yang bersekutu (affiliate company) yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam bidang masing-masing seperti siber, pertahanan dan media. Ia turut bekerjasama dan berganding bahu dalam menerokai teknologi terkini bagi mengukuhkan operasi syarikat untuk terus kekal relevan dalam bidang yang senantiasa mencabar ini.

1.4 Potensi klien FSM terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan yang memerlukan khidmat dan kepakaran tertentu termasuk sektor perbankan, badan berkanun, institusi pengajian tinggi serta syarikat berkaitan kerajaan, agar sentiasa mampu berdepan dengan cabaran masing-masing yang semakin kompleks dan berubah-ubah di masa ini.

1.5 Selain itu, penubuhan FSM antara lainnya ialah bertujuan memberi sumbangan secara langsung dalam perkembangan keselamatan siber, pertahanan dan media agar mampu berdepan dengan cabaran yang semakin kompleks, seiring dengan perkembangan pesat teknologi dan media sosial di negara ini.

1.6 Ia juga sejajar dengan Dasar Transformasi Digital, Dasar Keselamatan Siber (National Cyber Security Policy – NCSP) dan Pelan Hala Tuju Strategik IoT Kebangsaan, bagi mengisi ruang pasaran digital dan keselamatan siber yang semakin melebar serta memenuhi keperluan Artificial Intelligence (AI) di masa kini.